Submit: Tips | News

quotes

Single Quotes and Double Quotes are Very Different

$name = 'Amran';
echo "Hi $name"; // Output  'Hi Amran'
echo 'Hi $name'; // Output 'Hi $name'

sameon

Job/Internship Update:

Latest News

Kursus PHP & MySQL Beginner & Intermediate

Kepada sesiapa yang berminat AIST akan menganjurkan satu kursus PHP & MySQL Beginner & Intermediate pada 4hb September 2007 (Selasa) hingga 7hb September 2007 (Jumaat).

Tajuk Kursus : PHP & MySQL Beginner / Intermediate
Lokasi          : Makmal ICT Perdana , Inkubator K-Ekonomi , Melaka, Malaysia.
Tarikh          : 11hb Februari 2008 (Isnin) - 14hb Februari 2008 (Khamis).
Masa            : 9 pagi hingga 5 petang.
Harga           : RM 1400 beserta makan pagi, tengah hari, minum petang. CD & Nota akan disediakan.
                  RM 1900 beserta dengan hotel penginapan selama 4 hari. (Jangkaan menginap di hotel Seri Malaysia , Ayer Keroh ) .

 

Untuk maklumat lanjut tentang silibus kursus , anda boleh lihat di sini. Anda boleh hubungi

Ahmad Amran - 013-6102545
Pauzi Kamaludin - 012-2373215

Sun beli MySQL (1 bilion USD)

Seperti yang dinyatakan di tajuk tersebut. Sun Microsystem telah membuat tawaran kepada MySQL AB untuk membeli syarikat tersebut sebanyak 1 billion ( 800 million cash / 200 million stock) .

Tahniah kepada kedua-dua syarikat. Sun yang dikenali sebagai syarikat yang menyokong penuh open source (Open Office, Java, Open Solaris) telah menambah satu lagi pilihan iaitu MySQL. Diharapkan dengan sokongan penuh Sun, MySQL akan bertambah stabil dan menjadi satu pilihan utama pembangun-pembangun perisian.

Debat Namespace

Dengan PHP versi 5.3 yang akan menyokong namespace. Ahli-ahli dalam PHP internal masih lagi membincangkan bagaimana namespace akan berfungsi dalam PHP.

Beberapa email dari Derick Rethans dan juga Greg Beaver amat menarik untuk dibaca dan saya kongsikan dengan rakan-rakan PHP.net.my. Pendapat saya ? saya belum cukup berpengalaman dalam projek yang betul-betul besar untuk mendapat masalah dengan penamaan class yang saya buat atau dengan class  lain. Namespace mungkin akan membantu projek seperti PEAR yang menggunakan nama class yang agak panjang sepert HTML_Quickform_Renderer_Display dan membolehkan nama yang lebih glamour digunakan dalam class PHP anda.
 

Ruby on Rails 2.0

Sebagai pengaturcara PHP, kita sentiasa terdedah dengan bahasa pengaturcaraan baru. Antara yang sepatutnya anda dengar adalah Ruby. Ruby asalnya tidaklah sepopular sekarang tetapi dengan wujudnya Ruby On Rails (Framework menggunakan bahasa Ruby) menyebabkan popularity Ruby meningkat.

Banyak framework PHP telah meniru cara RoR berfungsi antaranya CakePHP, Code Igniter , PHP On Track. Saya tidak terkecuali menggunakan CakePHP dalam pembangunan saya. Semalam pembangun RoR telah mengumumkan produksi baru RoR 2.0 . Anda boleh kehalaman web mereka untuk mengetahui apakah features yang baru bagi RoR. Apa-apa pun, PHP masih menjadi pilihan hati saya.

 

Serious about PHP ?
Subscribe to our mailing list

Latest Event
  • No upcoming events available
Sites Built using PHP
Highest Users
UserPoints
amin0072050
aku_tak_tau1524
hymns975
alien3d630
mosfet83602