Submit: Tips | News

quotes

Single Quotes and Double Quotes are Very Different

$name = 'Amran';
echo "Hi $name"; // Output  'Hi Amran'
echo 'Hi $name'; // Output 'Hi $name'

sameon

Job/Internship Update:

Latest News

Pelancaran Dojo 1.0

Tahniah kepada pembangun Dojo dengan pelancaran versi stabil pertama mereka. Penghasilan ini menandakan tanda baru bagi pembangunan open source framework Javascript yang bertaraf Enterprise.

Antara yang menarik ialah

Dojo Gfx
Dojo Grid (Excel sorting)
Dojo widget

Antara rungutan programmer tentang Dojo ialah saiz yang besar dan juga dokumentasi yang lemah. Dojo 1.0 menghapuskan rungutan tersebut dengan saiz dojo.js hanya 23kb dan juga wujud  CDN (Content Delivery Network) dari AOL untuk Dojo  serta dokumentasi yang lebih baik di halaman web mereka . Apa-apa pun terima kasih dan tahniah kepada semua pembangun Dojo kerana penghasilan versi 1.0 ini.

Adobe AIR dan PHP

Teknologi web yang semakin berkembang dengan pesat. Ini menyebabkan kekurangan bakat dalam pembangunan aplikasi desktop. Adobe telah memperkenalkan satu teknologi baru dimana pembangun boleh menggunakan skil web mereka untuk membangunkan aplikasi desktop. Teknologi ini dinamakan ADOBE AIR.

Adobe® AIR™ lets developers use their existing web development skills in HTML, AJAX, Flash and Flex to build and deploy rich Internet applications to the desktop

 Dengan teknologi ini, saya rasa aplikasi web akan berkembang dengan lebih pesat dan juga pembangun-pembangun web akan diiktiraf kerana bakat mereka boleh digunakan di web atau desktop. Dengan pembangunan web yang pesat bukan bermakna aplikasi desktop akan dilupakan. Dua dunia ini akan menjadi satu dan mewujudkan aplikasi web 3.0 .

Selamat Menyambut Hari Raya

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung , ahli PHP.net.my . Saya bagi pihak pengurusan PHP.net.my memohon maaf atas kekurangan yang diberikan kepada anda sepanjang tahun ini. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Di harap kita dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan menjadi insan yang terbaik pada masa akan datang. 

Penulisan Semula

Biasa berlaku pada zaman aplikasi web, dimana aplikasi DOS ditulis semula kepada aplikasi PHP. Kekangan dari pihak pengguna ,"malas nak belajar sistem baru, akak dah tua", "kenapa nak buat web base ? sistem dulu ok jer, kenapa tak add feature baru ?" , adalah ayat-ayat yang biasa didengar ketika penulisan semula aplikasi berlaku.

Satu artikel dari Chad Fowler (Penulis Rails Recipe) tentang kesilapan-kesilapan yang berlaku ketika penulisan semula.  

Berlaku kepada saya semasa membangunkan aplikasi Ekad untuk Majlis Perbandaran Kuantan, mujur ia masih kepada transformasi web aplikasi kepada web aplikasi . Bagi saya perkara yang paling sukar adalah data migration dari sistem lama kepada sistem baru. Pemindahan data cuti, kedatangan yang perlu dari sistem lama perlu di selaraskan dengan sistem baru. Anda boleh baca artikel tersebut dan mungkin mendapat sedikit sebanyak maklumat untuk projek-projek yang akan atau sedang dijalankan.

Serious about PHP ?
Subscribe to our mailing list

Latest Event
  • No upcoming events available
Sites Built using PHP
Highest Users
UserPoints
amin0072050
aku_tak_tau1524
hymns975
alien3d630
mosfet83602