Submit: Tips | News

quotes

$nama = 'ahmad';
$nama2 = 'amran';
echo $nama . $nama2;
//adalah sama dengan
$nama = 'ahmad';
$nama .= 'amran';
echo $nama

sameon

Job/Internship Update:

Latest News

Majalah Percuma Tentang Enterprise Open Source

Jika anda mencari-cari bagaimana menghasilkan satu pelayan mel yang 'scalable' , satu majalan yang objektif untuk memberikan peniaga kecil / programmer kecil untuk menghasilkan aplikasi tahap enterprise. Majalah ini sudah sampai ke keluaran ke 8 dan ada banyak tajuk-tajuk yang sebelumnya juga menarik. Apa yang paling menarik, semuanya adalah percuma.

Sila pergi ke sini untuk pindah turun.

Siapa hendak buku percuma ? (Server Update)

Proses perpindahan server yang sangat memenatkan. Bulan lepas adalah bulan yang sibuk bagi saya dan syarikat saya . Saya juga sedang menyusun semula halaman-halaman web yang ada. Juga dengan halaman web hosting yang menyokong halaman web PHP.net.my . Saya berterima kasih kepada semua pengunjung PHP.net.my kerana bersabar dengan proses perpindahan ini.

Kursus PHP yang lepas juga (4/09/2007-7/07/2007) juga sudah selesai dan terima kasih kepada peserta-peserta yang hadir. Saya harap mereka berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Kami juga merancang untuk mengadakan kelas PHP Advanced selepas hari raya dan promosi akan dijalankan tidak lama lagi.

Apa-apa pun, saya ingin berkongsi kiriman blog di syarikat saya berkenaan buku percuma yang diberikan kepada seorang pengunjung bertuah . Walaupun buku tersebut bukan berkenaan dengan PHP, tetapi tentang bagaimana menghasilkan produk yang baik ,saya rasa amat sesuai untuk pengaturcara PHP. Untuk maklumat lanjut mengenai buku percuma tersebut , sila lawati kiriman ini

Perpindahan server PHP.net.my

PHP.net.my akan menjalankan perpindahan ke data center yang baru. Server yang lebih laju dan berada di dalam Malaysia untuk membantu negara menjimatkan bandwidth di export ke luar negeri serta menyambut seruan kerajaan menggunakan barangan buatan Malaysia.

Perpindahan ini mungkin mendatangkan beberapa masalah yang kepada pengguna-pengguna PHP.net.my. Sila hantar komen dikiriman ini jika anda menghadapi masalah.

 

Versi baru PHP 5.2.4

Hari ini, PHP.net mengumumkan versi baru PHP 5.2.4. Versi ini dikeluarkan sempena menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 50. Kebanyakannya adalah pembetulan pepijat dan faktor keselamatan dalam PHP.

Anda boleh pindah turun versi baru disini atau gunakan updater kegemaran anda. Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 50 Malaysia Wink

Serious about PHP ?
Subscribe to our mailing list

Latest Event
  • No upcoming events available
Sites Built using PHP
Highest Users
UserPoints
amin0072050
aku_tak_tau1524
hymns975
alien3d630
mosfet83602