Submit: Tips | News

Latest News

Selamat Datang ke PHP.net.my yang baru

Tepat pada tarikh 17 Ogos 2009, PHP.net.my telah berwajah baru. Satu majlis telah dianjurkan sempena pelancaran halaman web ini di The Sanctuary , The Curve. Satu majlis makan-makan (ringan) telah diadakan di sana. Pihak PHP.net.my mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja majlis tersebut, Microsoft Malaysia yang sudi untuk bersama menjayakan pelancaran baru halaman web ini.

Majlis tersebut berjalan dengan baik dengan beberapa "technology update" dari pihak OSDC.my , Microsoft dan Zend Technologies. Kehadiran pelancaran tersebut adalah dalam lingkungan 40 orang dan pihak kami mengucapkan terima kasih di atas kehadiran anda semua.

Jika anda lihat apa yang ada dalam halaman web ini, adalah lebih kurang sama dengan dahulu kecuali dengan rekaan yang baru dan juga dengan logo baru kami. Apa yang berubah adalah dari tulang belakang halaman web ini. PHP.net.my dikuasai oleh PHP 5 , dan Drupal sebagai CMS. Sebelum ini CMS yang digunakan adalah dibangunkan sendiri oleh saya dan saya berpendapat saya tidak mampu untuk mengemaskini kod yang lama yang sudah ketinggalan , lebih baik menggunakan platform yang lebih stabil dan sentiasa dikemaskini. Lebih banyak modul untuk interaksi antara sesama ahli memudahkan ilmu dikongsi dengan lebih baik.

Saya mempunyai banyak rancangan untuk PHP.net.my, tetapi buat langkah pertama, saya mengadakan satu level baru iaitu akaun PHP.net.my Pro. Apakah PHP.net.my Pro ? PHP.net.my Pro adalah satu langkah untuk meningkatkan kualiti kumpulan PHP.net.my . Dengan menyertai PHP.net.my Pro, anda akan mendapat :

  • Lebih pengenalan bahawa anda mempunyai komitmen dengan bahasa PHP
  • Pertanyaan anda akan lebih mendapat perhatian dari orang lain.
  • Satu private forum untuk anda berkomunikasi dengan orang lain yang juga mempunyai komitmen sama dengan anda
  • Sokongan dari pihak moderator dan juga PHP.net.my jika ada masalah dalam menggunakan portal PHP.net.my
  • Rasa gembira kerana menyokong satu-satunya Kumpulan Pengguna PHP di Malaysia
  • Mendapat satu logo di sebelah profil  anda di forum dan juga halaman personal pengguna (http://www.php.net.my/users/[username anda di sini] e.g http://www.php.net.my/users/sameon

 

PHP.net.my menetapkan bayaran sebanyak RM 24 / setahun (RM 2 / bulan) untuk keistimewaan menjadi PHP.net.my Pro. Jika anda berminat, sila klik di sini untuk pesanan.

PHP.net.my juga mencari calon-calon moderator untuk forum kami. Untuk moderator akan mendapat logo dan sebagai balasan, kami memohon anda untuk membantu kami menguruskan topik-topik jika mempunyai kesilapan kategori, pertanyaan tentang penggunaan forum, memadam topik-topik spam yang terlepas dan secara tak langsung sebagai AJK PHP.net.my jika ada majlis-majlis yang akan diadakan pada masa akan datang. Jika anda merasakan anda layak untuk menjadi moderator PHP.net.my sila hantarkan hajat anda di ruangan hubungi kami .

Akhir sekali tidak lupa juga untuk pihak web hosting PHP.net.my , Zenpipe dan juga AIST sebagai penyumbang rekaan halaman baru PHP.net.my

Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong PHP.net.my menjadi Kumpulan Pengguna PHP Malaysia yang paling aktif.

 

5 alat wajib untuk pengaturcara PHP kuasai

Dari blog Cal Evan, beliau membuat satu kiriman blog tentang 5 alat wajib untuk pengaturcara PHP kuasai.

  1. Unit Testing
  2. Debugger
  3. ERD Tool
  4. Version Control
  5. Framework

 Dari senarai di atas, hanya 3 sahaja yang saya kuasai setakat ini.

  • ERD Tool - MySQL Workbench / DB Designer
  • Version Control - CVS / SVN
  • Framework - CakePHP

Saya masih rasa debugger adalah alat yang kurang penting (real men use printf - Linus Torvalds) , tetapi saya akui Unit Testing adalah penting walaupun saya belum kuasai lagi. Mungkin ia akan menjadi azam tahun baru saya untuk menguasai satu perisian Unit Testing (todo: Simple Test )

Bagaimana dengan anda semua ?

5 Buku Untuk 1 harga . Jualan Sitepoint.com

Sitepoint.com membuat tawaran, anda boleh membeli 5 e-buku mereka dengan harga 1 e-buku. Harga yang diberikan adalah USD 29.95 (+- RM 105-100 ). Bagi saya tawaran yang diberikan adalah amat berpatutan.

Ada 3 buku berkenaan PHP yang ditawarkan iaitu:

  1. The PHP Anthology: 101 Essential Tips, Tricks & Hacks
  2. 2nd EditionBuild Your Own Database Driven Website Using PHP & MySQL
  3. No Nonsense XML Web Development With PHP  

Ada juga buku lain berkenaan SQL, Ajax, Apache, Linux dan juga berkenaan pemasaran. Segala kutipan jualan ini adalah akan diberikan untuk kanak-kanak Palestin tragedi kebakaran di Australia. Jika anda berminat, anda boleh pergi di halaman web mereka di sini.

Piwik - Alternatif bagi Google Analytics

Google Analytics (perisian statistik bagi web) sudah menjadi alat yang penting bagi webmaster-webmaster untuk mengukur trafik mereka. Piwik satu aplikasi PHP/MySQL merupakan satu alternatif yang menarik bagi Google Analytics.  Piwik menyokong pembinaan plugin, jika anda ingin menambah cara pengiraan trafik laman web anda. Antara muka yang menarik juga adalah satu faktor penambah bagi saya dan mempunyai API untuk anda ambil data untuk digunakan di aplikasi anda membolehkan anda memanipulasi data tersebut.

Kebiasaannya web hosting hanya menyokong awstats / webalizer, mungkin akan datang akan ada web hosting yang menyokong Piwik secara default. Dengan lesen open source yang mengenakan harga RM 0, anda mungkin boleh mencubanya di halaman web anda. Piwik menggunakan Open Flash Chart untuk menjana graf (LGPL dulu GPL) .

Aplikasi seperti ini yang akan terus menyokong PHP menjadi satu bahasa yang penting untuk aplikasi web. Berusahalah Piwik !!

 

Serious about PHP ?
Subscribe to our mailing list

Latest Event
  • No upcoming events available
Sites Built using PHP
Highest Users
UserPoints
amin007996
aku_tak_tau913
hymns575
jobless450
alien3d298