$nama = 'ahmad';
$nama2 = 'amran';
echo $nama . $nama2;
//adalah sama dengan
$nama = 'ahmad';
$nama .= 'amran';
echo $nama
Saya akan berada di Singapore pada 28 & 29 Oktober 2008 untuk Google Hackathon, South East Asia. Pada acara ini, Google akan menghantar 4 jurutera mereka untuk menerang dan mengajar API dari Google serta penggunaan terbaik API mereka seperti Google Maps, App Engine, Open Social. Lebih kurang 400 orang pembangun dari Singapore serta kurang 40 orang dari Malaysia akan menghadiri acara tersebut.
Saya akan cuba mengulas secara live pada acara tersebut tentang apa yang berlaku di blog syarikat saya.
Kepada sesiapa yang berminat AIST akan menganjurkan satu kursus PHP & MySQL Beginner & Intermediate pada 24hb November 2008 (Isnin) hingga 27hb November 2008 (Khamis).
Tajuk Kursus : PHP & MySQL Beginner / Intermediate
Lokasi : Makmal ICT Perdana , Inkubator K-Ekonomi , Melaka, Malaysia.
Tarikh : 24hb November 2008 (Isnin) - 27hb November 2008 (Khamis).
Masa : 9 pagi hingga 5 petang.
Harga :
RM 1400 beserta makan pagi, tengah hari, minum petang.
RM 1900 beserta dengan hotel penginapan selama 4 hari. (Jangkaan menginap di hotel Seri Malaysia , Ayer Keroh ) .
CD & Nota akan disediakan.
Untuk maklumat lanjut tentang silibus kursus , anda boleh lihat di http://www.training.net.my/kursus1.html. Anda boleh hubungi
Pauzi Kamaludin - 012-2373215
Ahmad Amran - 013-6102545
Menunggu waktu berbuka terakhir Ramadhan ini, yang tidak sampai 15 minit lagi, saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ahli PHP.net.my yang menyambutnya. Berhati-hati di jalan raya , jangan buat programming ketika memandu.
Regex (Regular Expression) adalah satu cabang dalam pengaturcaraan yang saya belum kuasai. Banyak tutorial yang dibaca tetapi setiap kali masih perlu merujuk kepada manual atau en Google. Satu tutorial yang intensif berkenaan PHP Regular Expression yang disampaikan dengan cara yang mudah. Mungkin saya dan anda semua dapat sedikit pengetahuan dari tutorial ini.