Submit: Tips | News

Latest News

VIP PHP Programming Contest & Talk 2008

VIP ( Very Important Programmer ) PHP Programming Contest 2008 dan juga Talk akan di adakan di Melaka pada tahun ini pada 23/24 Ogos 2008.

Sedikit berbeza dari tahun sebelumnya, aktiviti dijalankan selama 2 hari. Agenda juga berbeza di mana hari pertama akan diadakan ceramah dan hari kedua akan diadakan PHP Programming Contest .

Pada 23/8/2008 malam, aktiviti makan-makan akan diadakan dan konsep lightning talk akan dijalankan kepada sesiapa yang ingin berkongsi pengalalaman/ topik 15minit -- . Kepada sesiapa yang berminat untuk konvoi sila pergi ke http://www.php.net.my/forum/thread.php/9/3123 untuk berdiskusi.

 Anda boleh mengesahkan kehadiran di Talk pada halaman event di http://www.php.net.my/event/event_details.php?event_id=5

Untuk pendaftaran bagi pertandingan pengaturcaraan boleh mendaftarkan diri di http://veryimportantprogrammer.com/content/register di mana caj RM 30 akan dikenakan untuk kumpulan (gangstarz sahaja dibenarkan).

Hadiah sebanyak 1000+700+300+100+100 akan diberikan kepada pemenang-pemenang. Juga t-shirt /mug /sticker akan diberikan kepada peserta dan juga pengunjung bertuah.

Sila lawati halaman web http://VeryImportantProgrammer.com untuk maklumat lanjut. 

Rekod Dunia Perisian Paling Banyak Di Muat Turun

Firefox 3 akan di keluarkan tidak lama lagi. Oleh itu, Mozilla Inc. akan cuba untuk mencipta rekod dunia bagi perisian yang paling banyak di muat turun dalam masa 24 Jam. Ini mungkin bukan berkaitan dengan PHP, tetapi tanpa Firefox aplikasi berasaskan PHP tidak akan dapat beroperasi. Jadi marilah kita bersama-sama menyokong dan menjadi sebahagian daripada meraka yang menjayakan rekod dunia ini. Untuk menyokong usaha ini, sila layari laman web http://www.spreadfirefox.com/en-US/worldrecord .

PHP Intrusion Detection System - ( PHP IDS)

Jika anda biasa dalam bidang keselamatan aplikasi atau sistem operasi, mungkin anda pernah dengar tentang IDS. Antara yang popular adalah Snort ,di mana aplikasi ini merekodkan pergerakan penggodam yang cuba atau telah menceroboh sistem anda. Bagaimana pula IDS untuk aplikasi PHP anda ? Menarik bukan jika difikirkan kebolehan IDS di dalam aplikasi PHP anda. Ia secara 'default' tidak akan mengubah apa-apa kebolehan aplikasi anda, tetapi anda juga boleh bertindak jika markah atau cubaan yang digunakan mempunyai impak yang tinggi kepada aplikasi anda e.g redirect ke halaman amaran, menghapuskan sesi pengguna.

Selain dari Suhosin , saya rasa projek ini mempunyai banyak potensi untuk menangani keselamatan aplikasi kritikal. Jika anda berminat anda boleh pergi ke halaman mereka untuk keterangan lanjut.  

Zend bersedia untuk dijual ?

Desas desus mengatakan tindakan Zend memecat 25% dari kumpulan R&D mereka adalah untuk meningkatkan keuntungan dan bersedia untuk mencari pembeli yang berpotensi. Antara kemungkinan syarikat yang berminat dengan Zend adalah Oracle, IBM atau Microsoft.

Apakah impak yang akan diberikan kepada PHP ? Saya rasa mungkin tiada apa-apa oleh kerana lesen 'open source' menidakkan kemungkinan ia akan bertukar kepada perisian 'close source'. Saya berharap IBM atau Oracle membeli Zend dan bukan Microsoft. Untuk pergi ke punca desas-desus ini, anda boleh lawati Techcrunch di sini.

Serious about PHP ?
Subscribe to our mailing list

Latest Event
  • No upcoming events available
Sites Built using PHP
Highest Users
UserPoints
amin007996
aku_tak_tau913
hymns575
jobless450
alien3d298