Single Quotes and Double Quotes are Very Different
$name = 'Amran';
echo "Hi $name"; // Output 'Hi Amran'
echo 'Hi $name'; // Output 'Hi $name'
Jika anda pembangun aplikasi Javascript, Firebug adalah satu aplikasi yang dimestikan dalam pembangunan. Bagaimana pula dengan aplikasi AJAX ? semestinya sukar untuk di debug selain menggunakan console.log() .
Pernahkah anda menggunakan debugging terus dari aplikasi PHP ? FirePHP adalah jawapannya ! Membolehkan anda menggeluarkan output dari PHP terus kepada firebug, sesuai untuk aplikasi yang menggunakan AJAX. Satu perkembangan yang menarik bagi saya.
Sila komen untuk sesiapa yang pernah menggunakannya .
Pengumuman Sun/MySQL akan menjadikan beberapa features sebagai closed source menyebabkan masyarakat Open Source tidak menyokong tindakan tersebut. Sun telah mengambil tindakan dari kritikan tersebut dan akan meneruskan MySQL sebagai aplikasi Open Source. Ini termasuk
Bagi saya sebagai pengguna, menyokong penuh tindakan Sun/MySQL tersebut. Untuk bacaan lanjut, sila pergi ke blog MySQL di sini.
PHPArch , PHPMagazine mungkin sudah biasa anda dengar. Bagaimana pula dengan MySQL Magazine ? Tidak pasti dari mana penerbitnya, tetapi yang pasti ia sudah diterbitkan sebanyak 4 siri dan anda boleh dapatkannya di sini. Ohh majalah ini percuma !
PHP masih tiada penyelesaian 'reporting' yang baik. Jasper Report sebaliknya adalah alternatif terbaik bagi Crystal Report. Dengan menggunakan PHP Java Bridge anda boleh menggunakan PHP untuk berhubung dengan Jasper Report. Satu tutorial berbahasa Perancis yang menerangkan bagaimana untuk mengintegrasikan Jasper Report dan PHP boleh di baca di sini. Walaupun berbahasa Perancis, arahan-arahan komputer boleh difahami dengan mudah.