Submit: Tips | News

Latest News

Forum Javascript & ExtJS dibuka

Hari berganti hari, zaman berganti zaman. Zaman Web 2.0 menyebabkan tidak sah Javascript di asingkan dari pengaturcaran PHP. Bagi menyokong pengaturcara-pengaturcara Javascript. PHP.net.my telah membuka 2 forum iaitu Forum Javascript dan juga Forum ExtJS .

Forum ExtJS dibuka kerana pengalaman webmaster dalam penggunaan Framework ini. Di harap forum ini dapat membuka pengalaman yang baru dalam dunia PHP Malaysia. 

 

Kursus PHP & MySQL Beginner & Intermediate

Kepada sesiapa yang berminat AIST akan menganjurkan satu kursus PHP & MySQL Beginner & Intermediate pada 10hb Mac 2008 (Isnin) hingga 13hb Mac 2008 (Khamis).

Tajuk Kursus : PHP & MySQL Beginner / Intermediate
Lokasi          : Makmal ICT Perdana , Inkubator K-Ekonomi , Melaka, Malaysia.
Tarikh          : 10hb Mac 2008 (Isnin) - 13hb Mac 2008 (Khamis).
Masa            : 9 pagi hingga 5 petang.
Harga           : RM 1400 beserta makan pagi, tengah hari, minum petang. CD & Nota akan disediakan.
                  RM 1900 beserta dengan hotel penginapan selama 4 hari. (Jangkaan menginap di hotel Seri Malaysia , Ayer Keroh ) .

 

Untuk maklumat lanjut tentang silibus kursus , anda boleh lihat di sini. Anda boleh hubungi


Pauzi Kamaludin - 012-2373215
Ahmad Amran - 013-6102545

Apa yang baru di PHP 5.3

Jika anda tidak tahu, PHP 6 akan di lancarkan tidak lama lagi dan versi PHP 5.3 adalah siri terakhir dalam versi PHP 5. Untuk PHP 5.3 sudah banyak 'features' yang dirangka untuk PHP 6 di masukkan dalam versi PHP 5.3.

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh ikut satu artikel di Sitepoint

Peraduan pengaturcaraan untuk semua

Jika anda ingin mencabar diri sendiri. PHP Architect telah mengadakan peraduan setiap bulan dan bulan ini mereka mengadakan peraduan yang memerlukan ada menyediakan satu parser / graber untuk URL . Bermaksud anda boleh memindah turun halaman web dan menyimpan data-data URL / hyperlink yang berada dhi halaman tersebut.

Hadiah yang menarik disediakan. Anda boleh mendapat maklumat lanjut di sini

Serious about PHP ?
Subscribe to our mailing list

Latest Event
  • No upcoming events available
Sites Built using PHP
Highest Users
UserPoints
amin007996
aku_tak_tau913
hymns574
jobless450
alien3d298