$nama = 'ahmad';
$nama2 = 'amran';
echo $nama . $nama2;
//adalah sama dengan
$nama = 'ahmad';
$nama .= 'amran';
echo $nama
Apakah yang berubah dari PHP 3 - PHP 5 ? Source code, kelajuan , mungkin pembangun PHP ? bagaimana dengan logonya pula. Anda boleh lihat di blog Philip Olson berkenaan sejaranh logo PHP. Menarik untuk ditatapi dan dibaca.
Kepada sesiapa yang berminat AIST akan menganjurkan satu kursus PHP & MySQL Beginner & Intermediate pada 4hb September 2007 (Selasa) hingga 7hb September 2007 (Jumaat).
Tajuk Kursus : PHP & MySQL Beginner / Intermediate
Lokasi : Makmal ICT Perdana , Inkubator K-Ekonomi , Melaka, Malaysia.
Tarikh : 11hb Februari 2008 (Isnin) - 14hb Februari 2008 (Khamis).
Masa : 9 pagi hingga 5 petang.
Harga : RM 1400 beserta makan pagi, tengah hari, minum petang. CD & Nota akan disediakan.
RM 1900 beserta dengan hotel penginapan selama 4 hari. (Jangkaan menginap di hotel Seri Malaysia , Ayer Keroh ) .
Untuk maklumat lanjut tentang silibus kursus , anda boleh lihat di sini. Anda boleh hubungi
Ahmad Amran - 013-6102545
Pauzi Kamaludin - 012-2373215
Seperti yang dinyatakan di tajuk tersebut. Sun Microsystem telah membuat tawaran kepada MySQL AB untuk membeli syarikat tersebut sebanyak 1 billion ( 800 million cash / 200 million stock) .
Tahniah kepada kedua-dua syarikat. Sun yang dikenali sebagai syarikat yang menyokong penuh open source (Open Office, Java, Open Solaris) telah menambah satu lagi pilihan iaitu MySQL. Diharapkan dengan sokongan penuh Sun, MySQL akan bertambah stabil dan menjadi satu pilihan utama pembangun-pembangun perisian.
Dengan PHP versi 5.3 yang akan menyokong namespace. Ahli-ahli dalam PHP internal masih lagi membincangkan bagaimana namespace akan berfungsi dalam PHP.
Beberapa email dari Derick Rethans dan juga Greg Beaver amat menarik untuk dibaca dan saya kongsikan dengan rakan-rakan PHP.net.my. Pendapat saya ? saya belum cukup berpengalaman dalam projek yang betul-betul besar untuk mendapat masalah dengan penamaan class yang saya buat atau dengan class lain. Namespace mungkin akan membantu projek seperti PEAR yang menggunakan nama class yang agak panjang sepert HTML_Quickform_Renderer_Display dan membolehkan nama yang lebih glamour digunakan dalam class PHP anda.