Submit: Tips | News

Announcement

Selamat Datang ke PHP.net.my yang baru

Tepat pada tarikh 17 Ogos 2009, PHP.net.my telah berwajah baru. Satu majlis telah dianjurkan sempena pelancaran halaman web ini di The Sanctuary , The Curve. Satu majlis makan-makan (ringan) telah diadakan di sana. Pihak PHP.net.my mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja majlis tersebut, Microsoft Malaysia yang sudi untuk bersama menjayakan pelancaran baru halaman web ini.

Majlis tersebut berjalan dengan baik dengan beberapa "technology update" dari pihak OSDC.my , Microsoft dan Zend Technologies. Kehadiran pelancaran tersebut adalah dalam lingkungan 40 orang dan pihak kami mengucapkan terima kasih di atas kehadiran anda semua.

Jika anda lihat apa yang ada dalam halaman web ini, adalah lebih kurang sama dengan dahulu kecuali dengan rekaan yang baru dan juga dengan logo baru kami. Apa yang berubah adalah dari tulang belakang halaman web ini. PHP.net.my dikuasai oleh PHP 5 , dan Drupal sebagai CMS. Sebelum ini CMS yang digunakan adalah dibangunkan sendiri oleh saya dan saya berpendapat saya tidak mampu untuk mengemaskini kod yang lama yang sudah ketinggalan , lebih baik menggunakan platform yang lebih stabil dan sentiasa dikemaskini. Lebih banyak modul untuk interaksi antara sesama ahli memudahkan ilmu dikongsi dengan lebih baik.

Saya mempunyai banyak rancangan untuk PHP.net.my, tetapi buat langkah pertama, saya mengadakan satu level baru iaitu akaun PHP.net.my Pro. Apakah PHP.net.my Pro ? PHP.net.my Pro adalah satu langkah untuk meningkatkan kualiti kumpulan PHP.net.my . Dengan menyertai PHP.net.my Pro, anda akan mendapat :

  • Lebih pengenalan bahawa anda mempunyai komitmen dengan bahasa PHP
  • Pertanyaan anda akan lebih mendapat perhatian dari orang lain.
  • Satu private forum untuk anda berkomunikasi dengan orang lain yang juga mempunyai komitmen sama dengan anda
  • Sokongan dari pihak moderator dan juga PHP.net.my jika ada masalah dalam menggunakan portal PHP.net.my
  • Rasa gembira kerana menyokong satu-satunya Kumpulan Pengguna PHP di Malaysia
  • Mendapat satu logo di sebelah profil  anda di forum dan juga halaman personal pengguna (http://www.php.net.my/users/[username anda di sini] e.g http://www.php.net.my/users/sameon

 

PHP.net.my menetapkan bayaran sebanyak RM 24 / setahun (RM 2 / bulan) untuk keistimewaan menjadi PHP.net.my Pro. Jika anda berminat, sila klik di sini untuk pesanan.

PHP.net.my juga mencari calon-calon moderator untuk forum kami. Untuk moderator akan mendapat logo dan sebagai balasan, kami memohon anda untuk membantu kami menguruskan topik-topik jika mempunyai kesilapan kategori, pertanyaan tentang penggunaan forum, memadam topik-topik spam yang terlepas dan secara tak langsung sebagai AJK PHP.net.my jika ada majlis-majlis yang akan diadakan pada masa akan datang. Jika anda merasakan anda layak untuk menjadi moderator PHP.net.my sila hantarkan hajat anda di ruangan hubungi kami .

Akhir sekali tidak lupa juga untuk pihak web hosting PHP.net.my , Zenpipe dan juga AIST sebagai penyumbang rekaan halaman baru PHP.net.my

Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong PHP.net.my menjadi Kumpulan Pengguna PHP Malaysia yang paling aktif.

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Menunggu waktu berbuka terakhir Ramadhan ini, yang tidak sampai 15 minit lagi, saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ahli PHP.net.my yang menyambutnya. Berhati-hati di jalan raya , jangan buat programming ketika memandu.

VIP PHP Programming Contest & Talk 2008

VIP ( Very Important Programmer ) PHP Programming Contest 2008 dan juga Talk akan di adakan di Melaka pada tahun ini pada 23/24 Ogos 2008.

Sedikit berbeza dari tahun sebelumnya, aktiviti dijalankan selama 2 hari. Agenda juga berbeza di mana hari pertama akan diadakan ceramah dan hari kedua akan diadakan PHP Programming Contest .

Pada 23/8/2008 malam, aktiviti makan-makan akan diadakan dan konsep lightning talk akan dijalankan kepada sesiapa yang ingin berkongsi pengalalaman/ topik 15minit -- . Kepada sesiapa yang berminat untuk konvoi sila pergi ke http://www.php.net.my/forum/thread.php/9/3123 untuk berdiskusi.

 Anda boleh mengesahkan kehadiran di Talk pada halaman event di http://www.php.net.my/event/event_details.php?event_id=5

Untuk pendaftaran bagi pertandingan pengaturcaraan boleh mendaftarkan diri di http://veryimportantprogrammer.com/content/register di mana caj RM 30 akan dikenakan untuk kumpulan (gangstarz sahaja dibenarkan).

Hadiah sebanyak 1000+700+300+100+100 akan diberikan kepada pemenang-pemenang. Juga t-shirt /mug /sticker akan diberikan kepada peserta dan juga pengunjung bertuah.

Sila lawati halaman web http://VeryImportantProgrammer.com untuk maklumat lanjut. 

Forum Javascript & ExtJS dibuka

Hari berganti hari, zaman berganti zaman. Zaman Web 2.0 menyebabkan tidak sah Javascript di asingkan dari pengaturcaran PHP. Bagi menyokong pengaturcara-pengaturcara Javascript. PHP.net.my telah membuka 2 forum iaitu Forum Javascript dan juga Forum ExtJS .

Forum ExtJS dibuka kerana pengalaman webmaster dalam penggunaan Framework ini. Di harap forum ini dapat membuka pengalaman yang baru dalam dunia PHP Malaysia. 

 

Serious about PHP ?
Latest Event
  • No upcoming events available
Sites Built using PHP
Highest Users
UserPoints
amin007445
aku_tak_tau309
jobless284
zam3858208
bazet174