Submit: Tips | News

Announcement

Menggunakan XML-RPC utk PHP.net.my

XML-RPC adalah satu teknologi XML yang di bangunkan oleh UserLand Software. Konsep XML-RPC banyak digunakan oleh pembangun web masa kini. Sebagai contoh Google API, Yahoo API dan antara yang paling awal membuka API mereka ialah Amazon. Saya telah mencuba XML-RPC di PHP.net.my dengan menggunakan PEAR XML_RPC.

Ini adalah artikel pertama yang saya cuba hantar menggunakan XML-RPC dengan w.bloggar.. Jika ada kesempatan saya akan membuat satu tutorial berkenaan XML-RPC. Walaupun telah lama memerhati teknologi ini, baru sekarang mengimplementasikannya di halaman web ini.

Beberapa enhancement telah ditambah ke halaman web ini. Antaranya komen pengguna untuk setiap artikel menggunakan teknologi CAPTCHA dan juga beberapa pembetulan. Kami juga sedang membincangkan keberangkalian untuk membangunkan CMS Open Source buatan Malaysia (dengan harapan mendapat gelaran datuk Wink. Anda boleh ikuti perbincangan di sini.

SMD Joins PHP.net.my

Salam Warga PHP.net.my,

Saya baru saja di jemput menjadi Guest Poster di dalam ruangan News/Article. Terima kasih kepada Founder PHP.net.my kerana sudi menjemput saya. Saya berbesar hati untuk menyumbangkan artikel berkaitan PHP di sini serta bersama-sama berkongsi pengetahuan saya yang masih cetek ini.

Ringkas mengenai saya, saya ialah Founder bagi XOOPS Malaysia serta telah menyertai XOOPS.org sebagai QA Team Member & Module Developer. (XOOPS ialah open-source project menggunakan PHP). Saya lebih mesra di panggil "SMD". Smile

Akhir kata, salam perkenalan dan tegurlah saya sekiranya berlaku kesilapan pada artikel-artikel yang bakal saya post.

"Majulah PHP Untuk Negara" 

Regards,
SMD
http://www.sumardi.net

Selamat menyambut Ramadhan

Kepada rakan-rakan di PHP.net.my yang beragama Islam diucapkan selamat menyambut Ramadhan dan berpuasa.

Jadikan Ramadhan bulan ilmu dengan menyumbangkan ilmu anda di PHP.net.my. Setiap ilmu akan digandakan oleh Allah menjadi bekalan di akhirat.

Sesiapa yang berminat untuk artikel / tips anda disiarkan, anda boleh emel kepada saya amran (at) php.net.my

Bagaimana menjadi kaya dengan aplikasi Open Source

Sekali lagi, UiTM telah menjemput saya untuk memberikan talk kali ini di Fakulti Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif.

Saya telah bertanyakan pihak UiTM bahawa saya boleh menjemput sesiapa yang ingin datang ke talk tersebut boleh hadir pada 30 September 2005, Jumaat.

Tempat : TH5, satu aras dengan foyer (saya pun kurang pasti kat mana).

Kepada sesiapa yang berminat , dijemput hadir Wink.

* pukul 3-5.30 petang , terlupa cakap

Serious about PHP ?
Subscribe to our mailing list

Latest Event
  • No upcoming events available
Sites Built using PHP
Highest Users
UserPoints
amin007996
aku_tak_tau913
hymns575
jobless450
alien3d298