Temuramah lama yang dijumpai oleh [url=http://phplens.com/phpeverywhere" target="_blank]John Lim[/url] tentang Rasmus dan PHP.
Temuramah yang sangat menarik, tentang masa depan PHP dan apakah yang mungkin berlaku pada PHP 6.
Dari temuramah itu, kemungkinan untuk Zend Engine digantikan dengan [url=http://www.parrotcode.org/" target="_blank]Parrot[/url] adalah besar.
Mungkin mengejutkan, tetapi itu mungkin kelebihan bagi Open Source. Hanya masa yang menentukan. Untuk mengikuti temuramah tersebut, klik di [url=http://www.technetra.com/Writings/recent/interview_lerdorf_html/view" target="_blank]sini[/url]
Satu temuramah telah dijalankan kepada pembangun yang telah mengasaskan PHP menyambung dari Rasmus Lerdorf PHP/FI.
Temuramah ini menerangkan serba sedikit bagaimana mereka menjalani hidup sebagai seorang yang menguruskan [url=http://www.zend.com" target="_blank]Zend.com[/url] dan juga pembangunan[url=http://www.php.net" target="_blank]PHP[/url].
Satu temuramah yang menarik untuk [url=http://www.olate.com/articles/phpinterview" target="_blank]dibaca[/url].
Temuramah yang boleh dianggap memberi pengetahuan tentang apakah arah tuju PHP 5 . [url=http://www.php-con.com/2003/east/bio.php?i=16" target="_blank]Sterling Hughes[/url], salah seorang pembangun PHP menerangkan tentang kelebihan yang ada dalam PHP 5.
Antara yang menarik ialah try/catch/throw yang sebelum ini ada pada Java (lain-lain bahasa saya kurang pasti) .
e.g
Jika sebelum ini kita akan menggunakan kod PHP seperti ini.
[pre]
<?php
$fp = fopen("somefile", "w");
if (!is_resource($fp)) {
die("Couldn't open somefile!");
}
fwrite($fp, "foo");
if (!fclose($fp)) {
die("Couldn't close somefile!");
}
?>[/pre]
tetapi dengan fungsi try/catch/throw kita boleh menggunakan kod PHP seperti ini.
[pre]
<?php
try {
$fp = fopen("somefile", "w");
fwrite($fp, "foo");
fclose($fp);
} catch (Exception $e) {
echo $e->getMessage();
}
?>[/pre]
Lebih kemas dan menarik
.
Jika anda berminat untuk membaca artikel tersebut, anda boleh baca di [url=http://www.php-con.com/2003/east/interviews/hughes.php" target="_blank]http://www.php-con.com/2003/east/interviews/hughes.php[/url].
Saya baru membaca satu temuramah, Alan Kay orang yang bertanggungjawab membangunkan bahasa Smalltalk dan sekarang menjadi penjaga bagi open source Smalltalk , Squeak [url=http://www.squeak.org" target="_blank]http://www.squeak.org[/url]. Pendapatnya yang menarik mungkin membolehkan kita boleh berfikir lebih lanjut tentang corak-corak pengaturcaraan yang ada sekarang.
Anda boleh membaca temuramah tersebut di [url=http://www.openp2p.com/pub/a/p2p/2003/04/03/alan_kay.html" target="_blank]sini[/url]
TQ kepada [url=http://php.weblogs.com" target="_blank]PHP Everywhere[/url] kerana pautan ini.