PHP Advent muncul lagi. PHP Advent adalah satu konsep, di mana setiap hari dalam bulan December akan disiarkan satu artikel mengenai PHP. Tips, tutorial, praktis terbaik dalam PHP akan dikongsi oleh pembangun-pembangun PHP. Untuk kali ini, sudah ada 2 artikel yang ditulis
Untuk menjadikan yang terbaik bagi PHP.net.my, saya akan cuba merumuskan setiap artikel dari PHP Advent 2009 dalam artikel di PHP.net.my. Bukan terjemahan penuh, tapi rumusan bagi setiap artikel. Kepada sesiapa yang tidak sabar, boleh terus membaca di halaman web PHP Advent 2009.
Dari blog Cal Evan, beliau membuat satu kiriman blog tentang 5 alat wajib untuk pengaturcara PHP kuasai.
Dari senarai di atas, hanya 3 sahaja yang saya kuasai setakat ini.
Saya masih rasa debugger adalah alat yang kurang penting (real men use printf - Linus Torvalds) , tetapi saya akui Unit Testing adalah penting walaupun saya belum kuasai lagi. Mungkin ia akan menjadi azam tahun baru saya untuk menguasai satu perisian Unit Testing (todo: Simple Test )
Bagaimana dengan anda semua ?
PHP Advent mengambil semangat dari Perl Advent adalah satu siri artikel dari awal bulan December sehingga sampainya hari Krismas. Ia akan menyiarkan tips-tips berguna dari pengaturcara / pembangun-pembangun PHP.
Antara tips-tips yang menarik ialah
Anda boleh terus ke halaman web PHPAdvent yang sudah mempunyai domain sendiri dan akan meneruskan tradisi ini pada masa akan datang.
Regex (Regular Expression) adalah satu cabang dalam pengaturcaraan yang saya belum kuasai. Banyak tutorial yang dibaca tetapi setiap kali masih perlu merujuk kepada manual atau en Google. Satu tutorial yang intensif berkenaan PHP Regular Expression yang disampaikan dengan cara yang mudah. Mungkin saya dan anda semua dapat sedikit pengetahuan dari tutorial ini.