Submit: Tips | News

Links

6 sebab PHP "Sucks"

Theo Schlossnagle founder kepada syarikat Omniti CC  telah membentangkan artikel bertajuk "6 Reasons PHP Sucks" (PDF).  Menerangkan kelemahan PHP yang masih ada dalam bahasa itu sekarang. Ada beberapa sebab yang saya setuju dengannya. Namespace, oleh kerana tiada namespace, kita terpaksa wujudkan beberapa function antara yang terpanjang didunia e.g mysql_real_escape_string . Dan juga function PEAR yang terpanjang di dunia iaitu HTML_QuickForm_Renderer_ArraySmarty.

 Namun, artikel yang dibentangkan itulah yang menyebabkan PHP menarik untuk saya sekurang-kurangnya. Hidup Siti.. ehh.. hidup PHP Sealed

Menjadi kaya dengan PHP 5

      Ini bukannya sambungan daripada artikel saya menjadi kaya dengan open source tetapi satu slaid dari Rasmus Lerdorf pada OSCON 2006 berkenaan menggunakan PHP 5 untuk membina satu halaman web yang mempunyai ciri-ciri AJAX, Web 2.0, Web Servis dan yang sekutu dengannya.

      Beliau membincangkan bagaimana PHP 5 memudahkan pembinaan halaman web tersebut. Juga bagaimana untuk mengurangkan bebanan server dengan software benchmark Callgrind. Rasmus terus membincangkan pelbagai teknik-teknik antaranya APC, XML , SOAP dengan PHP 5.  Untuk menginterpretasi slaid tersebut anda boleh lihatnya di sini .

Javascript Library World Cup

Nampaknya bukan sahaja pasukan-pasukan dunia yang beraksi di German. Javascript Library juga beraksi antara satu sama lain pada tahun ini dengan demam AJAX berlansung.

 Dari Sitepoint.com satu artikel tentang perbandingan antara Javascript library , Dojo, Prototype, Mochikit dan YUI. Artikel ini tidak menunjukkan pemenangnya, tetapi menerangkan kelebihan dan kekurang bagi setiap library untuk anda sendiri mencuba dan membuat keputusan.

Sambil-sambil menonton perlawanan World Cup , mungkin anda sendiri boleh membuat keputusan. Anda boleh baca lebih lanjut perbandingan ini di sini.

PHP Gotchas !

Kadangkala, PHP mempunyai output yang pelik walaupun dari segi logiknya kod anda adalah betul. PHP memang mempunyai perangai yang pelik bagi sesetengah fungsinya. Dalam artikel di Zend Developer Zone menerangkan kesilapan yang kadang-kadang berlaku ketika membangunkan aplikasi PHP. Anda boleh ikutinya di sini.

Serious about PHP ?
Subscribe to our mailing list

Latest Event
  • No upcoming events available
Sites Built using PHP
Highest Users
UserPoints
amin007996
aku_tak_tau913
hymns575
jobless450
alien3d298