Submit: Tips | News

Misc

Ruby on Rails 2.0

Sebagai pengaturcara PHP, kita sentiasa terdedah dengan bahasa pengaturcaraan baru. Antara yang sepatutnya anda dengar adalah Ruby. Ruby asalnya tidaklah sepopular sekarang tetapi dengan wujudnya Ruby On Rails (Framework menggunakan bahasa Ruby) menyebabkan popularity Ruby meningkat.

Banyak framework PHP telah meniru cara RoR berfungsi antaranya CakePHP, Code Igniter , PHP On Track. Saya tidak terkecuali menggunakan CakePHP dalam pembangunan saya. Semalam pembangun RoR telah mengumumkan produksi baru RoR 2.0 . Anda boleh kehalaman web mereka untuk mengetahui apakah features yang baru bagi RoR. Apa-apa pun, PHP masih menjadi pilihan hati saya.

 

Jom PHP5

Sudah 7 tahun PHP4 bertapak dan menjadi kegilaan pencipta web. Kini, PHP5 datang untuk menggantikan PHP4. Setelah 3 tahun PHP5 dikeluarkan, tetapi proses perpindahan masih lambat. PHP4 masih tetap menjadi kegilaan pencipta web. Kebanyakan web hosting tidak dapat mengemaskini pelayan ke PHP5, kerana masih ramai yang menggunakan PHP4.

PHP Developer telah sebulat suara membuat keputusan untuk perpindahan ke PHP5 secara besar-besaran. Sebelum 5 Febuari 2008, ke semua aplikasi sekurang2nya menggunakan PHP5.2.0 ke atas. Oleh itu, PHP Developer boleh fokus kepada PHP5 dan akan datang PHP6 dan melupakan PHP4. 

Setiap yang datang pasti akan pergi. Sudahkah anda bersedia? JOM PHP5!

http://www.gophp5.org

PHP dan JQuery

JQuery ialah javascript library. Salah satu kelebihan JQuery ialah ia dengan mudah mengabungkan AJAX, Effects dan lain-lain dalam satu library. Oleh itu kita tak perlu gunakan prototype (AJAX) dan scriptaculous (untuk Effects). JQuery telah gabungkannya ke dalam satu. Selain itu, saiznya yang tidak berat berbanding Dojo.

PQuery pula ialah gabungan PHP dengan JQuery (seperti Projax). Ia sesuai untuk PHP4 dan PHP5.

Contoh coding:



<?php
$pquery
->form_remote_tag(array('url'=>'index.php?task=ajax','update'=>'#idtoupdate'));
?>

Field : <input type="text" name="field" /> <input type="submit" />

Demo
Download

Jaya Jusco + PHP = ?

Tahukah anda Jaya Jusco menggunakan PHP dalam sistem mereka ? Perkara ini saya jumpai semasa saya membeli belah di Jaya Jusco, Melaka. Apabila anda menggunakan price checker mereka, saya terlihat mereka menggunakan browser untuk aplikasi price checker mereka. Anda boleh lihat di gambar yang saya sertakan di bawah.

0207_192742.jpg

Anda mungkin tidak sedar, tetapi dunia sekarang sudah berubah kepada aplikasi web. Sekarang, anda sudah boleh menaip document anda menggunakan web, menulis spreadsheet di web. Anda boleh juga membuat panggilan menggunakan web, membeli belah di web , memesan pizza di web, menempah tiket wayang di web, dan lebih baik lagi menonton dvd secara streaming. Mahu atau tidak, sebagai pengaturcara anda perlu lebih sedar tentang peranan anda untuk mengubah dunia, atau sekurang-kurangnya meninggalkan impak sebelum anda kembali ke Rahmatullah. Insya Allah.

Serious about PHP ?
Subscribe to our mailing list

Latest Event
  • No upcoming events available
Sites Built using PHP
Highest Users
UserPoints
amin007974
aku_tak_tau906
hymns546
jobless450
alien3d294