MediaTemple , satu syarikat hosting ternama, telah menawarkan satu pakej Grid. Mereka menggunakan teknologi sendiri untuk menawarkan pakej grid mereka. Apakah grid hosting? dari segi teorinya ialah, satu hosting yang di letakkan di belakang dua atau lebih server di belakangnya. Grid hosting menolak keberangkalian single point of failure (n+1).
Pakej tersebut telah mendapat perhatian dari semua pihak setelah ditulis di TechCrunch (satu website blog terkemuka). Mediatemple menerima sambutan hangat sehinggakan grid hosting mereka tidak dapat menepati apa yang dijanjikan (n+1). Apakah masalahnya ? Beban MySQL digunakan sehingga menyebabkan semua server di grid gagal berfungsi.
Kebiasaannya penggunaan MySQL yang melampau akan disebabkan beberapa perkara
1. Read intensive application (High Disk Read , High CPU Process )
2. Bad design pada pihak aplikasi
Saya rasa mereka tidak menggunakan teknologi MySQL Cluster yang baru, tetapi menggunakan perisian mereka sendiri. Beberapa perkara yang telah MediaTemple ubah untuk mendapatkan MySQL yang stabil. Semuanya telah diceritakan di blog mereka. Anda boleh bacanya di sini.
Apa yang boleh anda pelajari ? Walaupun MediaTemple telah bersedia untuk menerima beban yang tinggi bagi grid hosting mereka, masalah tetap timbul. Ini adalah normal bagi pembangunan sistem. Apa yang perlu di buat ialah mengkaji , mengukur dan membetulkan.
Hasilnya mereka telah mendapat penyelesaian yang lebih elegan dan stabil untuk pelanggan mereka. Kedua, sistem yang baik perlu di awasi sentiasa dan diperbaiki dari pelbagai sudut (Release Early, Release Often).
Mungkin ada yang mencadangkan pengkalan data lain. PostgreSQL, Firebird, Oracle. Kadang-kadang, bukan pengkalan data yang menjadi masalah, tetapi aplikasi yang dibangunkan. Pengkalan data yang bagus, tidak dapat menutup aplikasi yang buruk.
Saya harap pihak MediaTemple dapat memberikan semula kepada komuniti apa yang mereka pelajari dari masalah MySQL mereka, semoga MySQL dapat diperbaiki untuk berfungsi dengan lebih efisyen.
PHP.net.my ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pengunjung yang beragama Islam. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua.
"Bila kita keseorangan, bukan kita tak berteman, bukan jua kita bersendirian, tapi akal yang sejengkal itu teman, ilmu di dada itu kawan dan Al-Quran itulah panduan."
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.
Dari berita yang diterima dari Radar Oreilly, Yahoo dan MSN akan bekerjasama untuk membolehkan mesengger masing-masing berinteraksi antara satu sama lain. (Trillian kan dah buat ? ) . Dari petikan press release tersebut
Consumers will be able to xchange instant messages, see presence, share emoticons and add friends from Yahoo! Messenger or MSN Messenger
Di jangka interaksi akan dilaksanakan pada suku kedua 2006, dalam bulan 4 tahun depan. Apa yang saya harapkan bukan sahaja kerjasama, tetapi satu open API yang membolehkan pengaturcara mendapatkan data dari YM ataupun MSN untuk membinasatu aplikasi yang baru (Web 2.0 ). Moga-moga ada yang memahami permintaan saya ini. 
Panggillah ia AJAX, XMLHTTPRequest dan bermacam-macam lagi, tetapi yang pasti pengetahuan yang tinggi tentang DHTML , Javascript diperlukan untuk membangunkan Ricth Type Application.
Populariti AJAX ini semakin meningkat , sehinggakan Microsoft telah membangunkan satu framework bernama ATLAS. Sangat menarik, tetapi hanya untuk ASP
. Mungkin ada framework komersial untuk PHP ?
Untuk berita lanjut di:
http://weblogs.asp.net/scottgu/archive/2005/06/28/416185.aspx