Submit: Tips | News

News

Saya suka PHP - FOSS.my

Jika anda ketinggalan untuk pergi ke Google Hackathon Singapore pada 28/29 Oktober 2008 dan tidak berjumpa dengan Pamela Fox dari Google semasa acara tersebut, anda boleh berjumpa dengannya (comel dia) pada FOSS.my 2008 di Kuala Lumpur.

Berjumpa dengan nerd@geek di Malaysia adalah satu acara yang tidak boleh dilepaskan bagi semua pengaturcara PHP. Tunjukkan geek t-shirt anda yang hanya difahami di FOSS.my ini dan mungkin anda belajar satu perkara yang baru .

Bawa mesej kepada mereka bahawa "Saya suka PHP" di sana.

 

Google Hackathon , Singapore 2008

Saya akan berada di Singapore pada 28 & 29 Oktober 2008 untuk Google Hackathon, South East Asia. Pada acara ini, Google akan menghantar 4 jurutera mereka untuk menerang dan mengajar API dari Google serta penggunaan terbaik API mereka seperti Google Maps, App Engine, Open Social. Lebih kurang 400 orang pembangun dari Singapore serta kurang 40 orang dari Malaysia akan menghadiri acara tersebut.

 Saya akan cuba mengulas secara live pada acara tersebut tentang apa yang berlaku di blog syarikat saya.

 

 

Namespace dalam PHP 6

Berita baik kepada semua. Untuk mengelakkan nama class di PEAR PEAR_Class_Aku_Disini_Jangan_Overwrite. PHP 6 akan memudahkan anda dengan fungsi Namespace


Zend/DB/Connection.php:
<?php
namespace Zend::DB;

class Connection {
}

function connect() {
}

 ?>

dan anda bole panggil method connect dengan

Zend:DB:connect() // static call

 atau

$x = new Zend:DB:Connection(); // instantiate class

Untuk penerangan yang lebih baik, anda boleh lihat  readme di CVS .
Saya belum biasakan diri saya dengan PHP 5, tetapi melihat PHP 6 features,
membuatkan saya ingin terus melompat ke PHP 6.

mysqlnd : pilihan baru bagi MySQL utk PHP

Dari halaman web mereka

The MySQL native driver for PHP is an additional, alternative way to connect from PHP 5 and PHP 6 to the MySQL Server 4.1 or newer.

Ini adalah satu native driver yang menggantikan libmysql yang sebelum ini menimbulkan konflik (di sini, sini ). mysqlnd akan dimasukkan secara rasmi pada PHP versi 6. mysqlnd menggunakan lesen yang serasi dengan lesen PHP yang berbeza dengan libmysql (GPL) yang menimbulkan masalah dengan lesen PHP ( sebab untuk kod lain yang bergabung dengan GPL , mesti menjadikan kod tersebut juga GPL )

Saya harap dengan kerjasama MySQL yang selama ini mendapat tempias dengan kepopularan PHP mendatangkan kebaikan pembangun-pembangun PHP. Ada blog yang telah menjalankan pembandingan unit test antara libmysql dan mysqlnd dan membuktikan mysqlnd mendatangkan hasil yang lebih baik dari libmysql.

 

Serious about PHP ?
Latest Event
  • No upcoming events available
Sites Built using PHP
Highest Users
UserPoints
amin007444
aku_tak_tau309
jobless283
zam3858208
bazet174