PHP.net.my memerlukan bantuan anda ! . Menyumbang artikel di halaman komuniti memerlukan masa dan idea. Sudah masanya saya menyerahkan kepada komuniti untuk turut menyumbang kepada PHP.net.my .
Jika anda ada idea tentang PHP dan ingin berkongsi dengan semua sila klik pautan di sebelah kanan (Submit Tips | News) . Klik pada News dan taipkan sumbangan anda kepada kami. Artikel / tutorial tidak semestinya panjang. Contoh:
Tajuk: PHP 5.3 dilancarkan
Kandungan: PHP 5.3 baru dilancarkan di PHP.net , menyertakan feature baru seperti namespace memudahkan penggemar Object Oriented mengeluarkan air liur mereka. Pergi ke sini untuk melihat feature dan bug fix 5.3 . Dan klik di sini untuk muat turun PHP 5.3
Jadi apa tunggu lagi ? Mulakan taipan anda dan sumbang idea anda di sini !! . Artikel yang di hantar akan di pantau sebelum di siarkan. Sekiah terima kasih
.
Tepat pada tarikh 17 Ogos 2009, PHP.net.my telah berwajah baru. Satu majlis telah dianjurkan sempena pelancaran halaman web ini di The Sanctuary , The Curve. Satu majlis makan-makan (ringan) telah diadakan di sana. Pihak PHP.net.my mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja majlis tersebut, Microsoft Malaysia yang sudi untuk bersama menjayakan pelancaran baru halaman web ini.
Majlis tersebut berjalan dengan baik dengan beberapa "technology update" dari pihak OSDC.my , Microsoft dan Zend Technologies. Kehadiran pelancaran tersebut adalah dalam lingkungan 40 orang dan pihak kami mengucapkan terima kasih di atas kehadiran anda semua.
Jika anda lihat apa yang ada dalam halaman web ini, adalah lebih kurang sama dengan dahulu kecuali dengan rekaan yang baru dan juga dengan logo baru kami. Apa yang berubah adalah dari tulang belakang halaman web ini. PHP.net.my dikuasai oleh PHP 5 , dan Drupal sebagai CMS. Sebelum ini CMS yang digunakan adalah dibangunkan sendiri oleh saya dan saya berpendapat saya tidak mampu untuk mengemaskini kod yang lama yang sudah ketinggalan , lebih baik menggunakan platform yang lebih stabil dan sentiasa dikemaskini. Lebih banyak modul untuk interaksi antara sesama ahli memudahkan ilmu dikongsi dengan lebih baik.
Saya mempunyai banyak rancangan untuk PHP.net.my, tetapi buat langkah pertama, saya mengadakan satu level baru iaitu akaun PHP.net.my Pro. Apakah PHP.net.my Pro ? PHP.net.my Pro adalah satu langkah untuk meningkatkan kualiti kumpulan PHP.net.my . Dengan menyertai PHP.net.my Pro, anda akan mendapat :
PHP.net.my menetapkan bayaran sebanyak RM 24 / setahun (RM 2 / bulan) untuk keistimewaan menjadi PHP.net.my Pro. Jika anda berminat, sila klik di sini untuk pesanan.
PHP.net.my juga mencari calon-calon moderator untuk forum kami. Untuk moderator akan mendapat logo
dan sebagai balasan, kami memohon anda untuk membantu kami menguruskan topik-topik jika mempunyai kesilapan kategori, pertanyaan tentang penggunaan forum, memadam topik-topik spam yang terlepas dan secara tak langsung sebagai AJK PHP.net.my jika ada majlis-majlis yang akan diadakan pada masa akan datang. Jika anda merasakan anda layak untuk menjadi moderator PHP.net.my sila hantarkan hajat anda di ruangan hubungi kami .
Akhir sekali tidak lupa juga untuk pihak web hosting PHP.net.my , Zenpipe dan juga AIST sebagai penyumbang rekaan halaman baru PHP.net.my
Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong PHP.net.my menjadi Kumpulan Pengguna PHP Malaysia yang paling aktif.
Salam PHP semua!
Sekali lagi kita akan bertemu pada PHP Meetup 2007. Seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini juga kita akan mengadakan PHP Talk. Oleh itu, saya menjemput kepada pengiat-pengiat PHP membentangkan projek, idea ataupun pengetahuan kepada hadiran yang akan hadir nanti. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengadakan pembentangan (talk), sila hubungi saya melalui emel smd[at]php.net.my. Sertakan sekali tajuk & abstrak pembentangan dan serba sedikit mengenai diri anda.
Terima kasih.
Bagi perbincangan mengenai CakePHP (PHP Framework), anda boleh menghantar soalan, perbincangan & sebagainya ke forum yang telah di khaskan iaitu Forum CakePHP. Insyallah, jika ada masa akan di tambah tutorial-tutorial cakephp.
Selamat membakar kek!