Submit: Tips | News

Software

Piwik - Alternatif bagi Google Analytics

Google Analytics (perisian statistik bagi web) sudah menjadi alat yang penting bagi webmaster-webmaster untuk mengukur trafik mereka. Piwik satu aplikasi PHP/MySQL merupakan satu alternatif yang menarik bagi Google Analytics.  Piwik menyokong pembinaan plugin, jika anda ingin menambah cara pengiraan trafik laman web anda. Antara muka yang menarik juga adalah satu faktor penambah bagi saya dan mempunyai API untuk anda ambil data untuk digunakan di aplikasi anda membolehkan anda memanipulasi data tersebut.

Kebiasaannya web hosting hanya menyokong awstats / webalizer, mungkin akan datang akan ada web hosting yang menyokong Piwik secara default. Dengan lesen open source yang mengenakan harga RM 0, anda mungkin boleh mencubanya di halaman web anda. Piwik menggunakan Open Flash Chart untuk menjana graf (LGPL dulu GPL) .

Aplikasi seperti ini yang akan terus menyokong PHP menjadi satu bahasa yang penting untuk aplikasi web. Berusahalah Piwik !!

 

Rekod Dunia Perisian Paling Banyak Di Muat Turun

Firefox 3 akan di keluarkan tidak lama lagi. Oleh itu, Mozilla Inc. akan cuba untuk mencipta rekod dunia bagi perisian yang paling banyak di muat turun dalam masa 24 Jam. Ini mungkin bukan berkaitan dengan PHP, tetapi tanpa Firefox aplikasi berasaskan PHP tidak akan dapat beroperasi. Jadi marilah kita bersama-sama menyokong dan menjadi sebahagian daripada meraka yang menjayakan rekod dunia ini. Untuk menyokong usaha ini, sila layari laman web http://www.spreadfirefox.com/en-US/worldrecord .

Carian Full Text

Jika anda rasa, fungsi terbina dalam MySQL carian full text agak perlahan untuk halaman web anda yang besar, mungkin anda pernah terdengar tentang Lucene iaitu enjin carian full text menggunakan Java. Saya tidak pernah menggunakannya (mungkin kerana ia Java ?) , tetapi baru-baru ini, saya terbaca satu lagi enjin carian yang berbeza, Sphinx menggunakan C dan boleh diintegrasikan dengan PHP dan juga boleh digunakan sebagai storage engine di MySQL  .

Cara integrasinya juga lebih mudah berbanding dengan Lucene yang mungkin akan digunakan untuk projek saya yang memerlukan carian fulltext yang pantas. 

Apakah perisian yang anda gunakan ?

Soalan lengkapnya ialah, apakah perisian yang anda gunakan semasa membangunkan aplikasi web ? Saya gunakan :

IDE : Eclipse

  • Saya sukakan integrasi dengan SVN / CVS . Tiada IDE percuma yang menyokong SVN / CVS .
  • Mempunyai banyak plugins percuma . Eclipse + PHP Development Tool = Productive
  • Kelemahannya adalah ia "berat" untuk pengguna yang mempunyai RAM < 512 MB. Kebiasaanya saya suka PSPAD untuk pekerjaan yang lebih ringan.

GUI : Macromedia/Adobe Dreamweaver

  • Walaupun Dreamweaver boleh dikategorikan sebagai IDE, tetapi saya banyak menggunakannya untuk mengubah atau mengintegrasikan HTML dengan PHP.
  • Saya masih tercari-cari plugins eclipse yang boleh memberikan saya kebolehan WYSIWYG

ERD : DBDesigner

  • Untuk mereka pengkalan data yang mudah saya masih menggunakan PHPMyAdmin, tetapi untuk projek yang lebih kompleks saya menggunakan DBDEsigner. DBDesigner sudah dibeli oleh MySQL dan bertukar namanya kepada MySQL Workbench tetapi saya dapati banyak refactoring berlaku di belakang menyebabkan Workbench masih diperingkat Alpha.
  • Sesuai untuk saya berkongsi design pengkalan data bagi pembangunan perisian yang lebih dari 1 orang.
  • Apabila perubahan berlaku, pengaturcara yang lain hanya perlu menggunakan DB Synchronization sahaja untuk menyelaras database mereka.

Project Management : Active Collab

  • Tanpa Active Collab saya tidak dapat melihat secara kasar apakah "features" yang belum dilaksanakan dan bila ia akan disiapakan.
  • Saya biasanya menggunakan AC menggunakan konsep GTD bagi melaksanakan tugas secara efektif.

 Document Management : Google Docs & Open Office

  • Open Office adalah perisian biasa yang saya gunakan untuk melakukan dokumentasi projek. Keperluan projek, howto dan lain-lain yang berkaitan.
  • Tetapi kekurangan collabration dalam OOo menyebabkan saya sedang mencari alternatif dan saya rasa Google Docs akan menyelesaikan masalah saya. Document, Spreadsheet dan tidak lama lagi Presentation menyebabkan saya berfikir akan bertukar sepenuhnya untuk projek-projek yang akan datang. The future is near .

Source Code Control : SVN

  • Saya sebelum ini menggunakan CVS untuk SCC saya tetapi telah bertukar kepada SVN setelah pengaruh dari rakan-rakan. Keputusan, SVN menutup kelemahan CVS yang sedia ada seperti delete folder dan beberapa perkara kecil, tetapi bukanlah yang terbaik. Untuk harga RM "Percuma" saya tidak boleh merungut banyak Wink.

Perkongsian Fail : Samba

  • Ini adalah kemudahan di ofis saya yang saya rasa penting apabila pembangunan  aplikasi. Bagi saya benda ini nampak kecil tetapi kepentingannya akan nampak lebih jelas ketika gabungan ( SVN+SSH ) + Samba + Online Web .
  • Macam mana equation itu mudah ? Saya biasanya setup Samba dengan username shell menyebabkan semua username, SVN, Samba, Shell menjadi satu.
  • Masalah sharing antara Linux / Windows : copy ke public share
  • Nak kongsi file dengan pembangun luar : copy ke public_html dan share

Bugs Tracking : ?

  • Saya sedang mencari-cari lagi perisian bugs tracking yang sesuai dan yang paling menyerlah adalah Trac . Saya penyokong kuat PHP merasakan perlunya menyokong perisian berasaskan PHP masih lagi mencari-cari bugs tracker yang terbaik bagi PHP + Percuma.


Jadi, perisian apakah yang anda gunakan ?

Serious about PHP ?
Subscribe to our mailing list

Latest Event
  • No upcoming events available
Sites Built using PHP
Highest Users
UserPoints
amin0071979
aku_tak_tau1371
hymns975
alien3d619
mosfet83545
Twitter
  • PHP 5.3.10 updated fix critical security bugs on 5.3.9 http://t.co/HW0LBiJf
  • CNY Promotion for our colocation. 50% discount for 3 months for all colocation package. http://t.co/HsyTgZwu #zenpipe
  • My slide of How To Sell Your Graduates, presented to lecturers of CDP, Multimedia University. http://t.co/P6QzAcyU
  • @k4ml sorry late reply. Boleh post any type of jobs.
  • We've added Centos 6 (32/64bit) to the list of supported OS at ZenClouds. Hope you guys happy with the addition of the latest OS....
Navigation
User login