Kini, terdapat 2 pilihan plugins yang menyokong pembangunan aplikasi PHP di dalam Eclipse. PHPEclipse yang dibangunkan secara bebas dan PHP IDE iaitu project terbaru dari Eclipse Foundation. Tidak banyak perbezaan yang ketara antara kedua-duanya tetapi saya menyarankan PHP IDE kerana integrasi yang lebih baik. Projek PHP IDE di ketuai oleh Zend Technologies.
Pada artikel yang lepas, saya telah menunjukkan cara untuk memasang PHPEclipse. Kini, mari kita beralih kepada PHP IDE pula. PHP IDE dibangunkan menggunakan Eclipse Foundation's tools dan libraries. Oleh itu, ia memerlukan plugin tambahan untuk berfungsi sepenuhnya. Antaranya ialah, Graphical Editing Framework (GEF), Eclipse Modelling Framework (EMF), Visual Editor (VE) dan Web Tools Platform (WTP).
Kemaskini: 5/11/2006 - 1:55pm
# Menggunakan Zend update site utk menambah PHP IDE + Zend PHP Debugger
Untuk pemasangan:
1. Ke Help->Software Updates->Find and Install...
2. Pilih Search for New features to install... dan tekan Next button
3. Klik pada New Remote Site... dan tambah (namakannya VE):
http://update.eclipse.org/tools/ve/updates/1.0
4. Klik pada New Remote Site... dan tambah (namakannya EMF):
http://update.eclipse.org/tools/emf/updates
5. Klik pada New Remote Site... dan tambah (namakannya GEF):
http://update.eclipse.org/tools/gef/updates
6. Klik pada New Remote Site... dan tambah (namakannya WTP):
http://download.eclipse.org/webtools/updates
7. Klik pada New Remote Site... dan tambah (namakannya PHP):
http://download.eclipse.org/tools/php/updates http://downloads.zend.com/phpide
8. Pilih pada VE, EMF, GEF, WTP, PHP dan klik Finish.
9. Ikut arahan seterusnya hingga anda berjaya memasang PHP IDE.
Selamat mencuba!
Oleh, SMD <smd@php.net.my>
Good day everyone!
Anda pengguna setia Firefox? Kini anda boleh menambah php.net.my pada Firefox search bar. (sebelah atas-kanan). Anda boleh mencari bahan/artikel/entri di dalam php.net.my dengan mudah.
Dapatkan skrip installasinya di sini.
Sokong Firefox 2.0!
UPDATE: Tambahan PHP function list.
Sedang sibuk mengira "duit raya" , saya sempat membuat satu skrip yang boleh anda gunakan untuk menukar duit raya anda kepada nilai duit asing.
nilai-nilai currency asing boleh anda lihat di http://www.oanda.com/site/help/iso_code.shtml Anda boleh pindah turun source code ini di sini. Idea di cedok dari http://drupal.org/project/currency Data currency di ambil dari Yahoo! Finance
Tidak keterlaluan jika saya katakan Eclipse adalah Open Source IDE yang popular masa kini. Sebelum ini sameon ada menulis mengenai Eclipse dan pemasangan PHPEclipse.
Saya ingin berkongsi cara pemasangan yang lebih mudah dengan anda iaitu menggunakan Eclipse Update Manager.
Tips: Saya menggunakan Fedora Core 5. Satu tips pemasangan PHPEclipse pada Eclipse For Fedora adalah menggunakan root access. Kalau tidak anda mungkin akan mengalami masalah (No such file or directory).
Selamat Mencuba!