PHP.net.my memerlukan bantuan anda ! . Menyumbang artikel di halaman komuniti memerlukan masa dan idea. Sudah masanya saya menyerahkan kepada komuniti untuk turut menyumbang kepada PHP.net.my .
Jika anda ada idea tentang PHP dan ingin berkongsi dengan semua sila klik pautan di sebelah kanan (Submit Tips | News) . Klik pada News dan taipkan sumbangan anda kepada kami. Artikel / tutorial tidak semestinya panjang. Contoh:
Tajuk: PHP 5.3 dilancarkan
Kandungan: PHP 5.3 baru dilancarkan di PHP.net , menyertakan feature baru seperti namespace memudahkan penggemar Object Oriented mengeluarkan air liur mereka. Pergi ke sini untuk melihat feature dan bug fix 5.3 . Dan klik di sini untuk muat turun PHP 5.3
Jadi apa tunggu lagi ? Mulakan taipan anda dan sumbang idea anda di sini !! . Artikel yang di hantar akan di pantau sebelum di siarkan. Sekiah terima kasih
.
Anda ada server Linux dan ingin login tanpa kata laluan dari PC Windows anda ? Untuk meningatkan diri sendiri, saya kongsikan pengalaman saya untuk memudahkan anda yang mencari cara untuk login tanpa kata laluan ke shell Linux anda.
Tips ini menganggapkan anda sudah biasa dengan Linux shell, seperti bash,sh dan yang sewaktu dengannya.
Katakan nama Linux server anda ialah Dronkey dan PC anda ialah Gingey.
Dronkey a.k.a Linux server (username shrek)
shrek@localhost $ > ssh-keygen
Generating public/private rsa key pair.
Enter file in which to save the key (/home/shrek/.ssh/id_rsa):
Created directory '/home/shrek/.ssh'.
Enter passphrase (empty for no passphrase):
Enter same passphrase again:
Your identification has been saved in /home/shrek/.ssh/id_rsa.
Your public key has been saved in /home/shrek/.ssh/id_rsa.pub.
The key fingerprint is:
f3:37:8c:cc:23:22:72:e9:a4:e0:8e:0d:17:09:08:e6 shrek@Dronkey
Fail secara default akan diletakkan di folder home anda di .ssh/id_rsa dan id_rsa.pub . Apa yang diperlukan untuk PC anda masuk ke shell Linux tanpa login ialah fail id_rsa iaitu private key dan id_rsa.pub adalah public key. Simpan fail id_rsa ke PC anda dan anda perlu menyimpan public key anda di satu fail yang bernama authorized_keys di .ssh/authorized_keys .
Berada di folder .ssh
shrek@localhost$ > cat id_rsa.pub > authorized_keys
Arahan di atas membaca fail id_rsa.pub dan keluarkan output di fail authorized_keys
Biasanya di PC saya akan gunakan PuTTY (http://www.chiark.greenend.org.uk/~sgtatham/putty/download.html) dan anda perlukan beberapa lagi perisian iaitu PuTTYgen (untuk generate private key yang PuTTY faham) dan juga Pageant untuk menyimpan private key anda semasa session PuTTY berlangsung (semuanya boleh di pindah turun di halaman yang sama).
Jana Private Key untuk PuTTY
Buka PuTTYgen
Conversion > Import Key (Pilih id_rsa yang anda simpan di PC)
Klik butang Save Private Key (akan di namakan secara default dengan extension .ppk)
e.g shrek.ppk
Buka Pageant dan akan ada ikon di taskbar (kebiasaanya di kanan , bawah). Klik kanan, dan klik arahan -> Add Key.
Pilih shrek.ppk yang anda simpan sebelum ini. Selepas itu buka PuTTY anda dan login ke server Linux anda. Masukkan username anda, dan anda terus masuk ke shell tanpa password.
login as: shrek
Authenticating with public key "imported-openssh-key" from agent
Last login: Wed Jun 13 19:50:06 2007 from 192.168.1.100
[shrek@Dronkey ~]$
Kenapa ?
Ini adalah disebabkan kita menggunakan private key untuk pengesahan username tersebut. Untuk membolehkan anda login ke banyak server, anda hanya perlu letakkan id_rsa.pub anda di semua server anda dan anda boleh gunakan private key yang sama untuk login ke server-server anda.
* update, untuk maklumat SSH Linux ke Linux server tanpa kata laluan
Jika anda mempunya 2 PC Linux , maka tugas menjadi semakin mudah. Menggunakan PC linux yang sama iaitu Dronkey anda ingin login menggunakan PC Linux Fiona tanpa kata laluan ke Dronkey.
generate public/private-key pair di Fiona.
fiona@localhost>$ svn-keygen
seperti biasa, dua fail akan diwujudkan. Copy fail id_rsa.pub ke Dronkey. Sekarang anda perlu letakkan dua authorization public key di file authorized_keys
anggapan anda berada di folder .ssh Dronkey juga file id_rsa.pub Fiona
shrek@localhost>$ cat id_rsa.pub >> authorized_keys
Ini bermaksud baca fail id_rsa.pub dan tambahkannya di bawah kandungan sedia ada. Arahan sebelum ini menggunakan '>' bermaksud kosongkan fail dan tambah kandungan pembacaan.
Sepatutnya anda akan boleh login dari Fiona ke Shrek tanpa kata laluan. Sila beri komen jika langkah ini tidak berjaya.
Artikel-artikel sebelum ini, saya ada menyatakan bahawa syarikat saya menggunakan CakePHP. Encik ntahmy (Abdul Arif ) salah seorang ahli PHP.net.my telah membuat satu pengenalan kepada CakePHP pada Knowledgebase kita.
Anda semua boleh membacanya di sini.
* kepada ahli lain yang ingin menyumbangkan artikel atau tutorial, sila hantar permintaan di forum kami.
Kini mempelajari PHP bukan sesuatu yang susah. Yang penting ada keinginan & minat. Anda boleh mencari tutorial di Google, mengikuti training PHP & juga melihat video tutorial melalui YouTube.
Tutorial selanjutnya anda boleh ke sini.
p/s: nak seribu daya, tak nak berdalih-dalih...