Anda perlu belajar Javascript

Ini adalah rumusan dari PHP Advent 2009 : You really need to learn Javascript oleh Ed Finkler

Pembangun PHP kebiasaannya memakai beberapa topi semasa membangunkan aplikasi.  Kebanyakan pengaturcara, menggunakan PHP untuk menambah fungsi bagi halaman web HTML mereka. Kemudahan PHP untuk digabungkan dengan HTML adalah antara beberapa sebab PHP meningkat kepopularannya.


Pada banyak bahagian, skil tersebut sudah cukup untuk kita. Aplikasi web kebanyakannya memfokuskan kepada teknologi di bahagian server. Halaman web yang dihasilkan adalah daripada proses dinamik di bahagian pelayan (server).


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, keadaan sudah berubah. Aplikasi menjadi semakin kompleks dan kaya dengan interaktiviti. Aplikasi web di bahagian pelayan semakin menjadi pembekal data kepada pihak pelayar. Semua interaktiviti berlaku di bahagian klien (Javascript). Perkara ini semakin menjadi normal kepada semua pihak (Facebook, Gmail) dan tidak akan berkurang pada masa akan datang.


Namun, Javascript bukanlah bahasa yang mudah. Sebelum ini jika anda menggunakan teknik salin dan tampal (copy n paste) sudah tidak sesuai lagi. Javascript tidak boleh menjadi bahasa kelas kedua dalam aplikasi web. Anda juga tidak boleh mengharapkan Javascript dihasilkan dari PHP. Pemahaman yang baik tentang Javascript (Object, DOM, Event, Variable scope) diperlukan bagi menghasilkan aplikasi web yang terbaik.


Berita buruk bagi semua adalah belajar Javascript bukanlah mudah, anda perlukan usahaa kerana konsep asas Javascript agak berbeza dengan PHP. Berita baiknya pula, anda akan menjadi lebih matang, lebih dikehendak oleh pasaran pekerjaan.


Apa yang lebih menarik bagi saya adalah apa yang melangkaui teknologi dibahagian pelayar (browser) , iaitu pengenalan kepada WRTs (Web Runtime platforms) . Ini adalah tapak bagi anda membangunkan aplikasi dekstop dan mobil menggunakan teknologi web seperti HTML, CSS dan Javascript. Titanium Desktop from Appcelerator  adalah menarik kepada pembangun PHP, oleh kerana ia membenarkan anda membangunkan aplikasi desktop menggunakan PHP (juga Python dan Ruby) dengan tambahan Javascript.


Aplikasi mobile semakin meningkat kepopularannya setaraf dengan peningkatan perkakasan mobil yang lebih canggih. WRTs boleh digunakan di kebanyakan platform mobil, seperti:


Menggunakan WRT untuk menghasilkan aplikasi mobil selalunya lebih pantas berbanding dengan menggunakan SDK yang diberikan oleh pembekal perkakasan. Tambahan pula, kod yang dihasilkan pada web, boleh digunakan pada perkakasan lain, dengan sedikit atau tanpa perubahan lansung (kepada kod).


Sekarang, jika anda sudah teruja untuk belajar Javascript, ada beberapa tempat yang boleh anda rujuk.

Setelah anda sudah berjaya memahami Javascript, anda akan dapat rasa bahawa Javascript mempunyai persamaan dengan PHP. Kedua-dua bahasa adalah popular, teknologi terbuka dan tidak dipunyai oleh mana-mana syarikat. Secara kasarnya, PHP sentiasa akan menjadi bahasa yang penting dalam penghasilan aplikasi web, dan Javascript akan menjadi satu lagi elemen akhir untuk menghasilkan aplikasi web yang lebih kaya dan menarik.

jangan private message aku, ada forum so guna forum. aku gila point jadi aku tak layan private message. terima kasih
User offline. Last seen 17 hours 14 min ago. Offline
Joined: 08/16/2009
Points: 906
setuju... zaman sekarang bila

setuju...
zaman sekarang bila sebut javascript jer ramai programmer ketar lutut.
dah nama pun programmer. javascript pun language juga.
belajar sahaja. Smile

macam mana nak dapat RM 1000 sebelum raya nanti???
amin007's picture
User offline. Last seen 5 hours 42 min ago. Offline
Moderator
Joined: 08/16/2009
Points: 974
godek aje laa

tapi bukan ker bahasa js lebih kurang sama aje macam php???
aku tak rasa kalau programmer tu dah pandai php
tak faham struktur js

cuma takdelah sampai boleh bangunkan aplikasi js tu sendiri huhuhu.
kalau boleh buat dah boleh lawan jquery dan sebagainya huhuhu

does not have a status.
User offline. Last seen 30 weeks 3 days ago. Offline
Joined: 02/01/2010
Points: 2
javascript coding popular sekarang

sebenar nak belajar javascript ini source dia lagi banyak sebab dia open source.. ide yang digunakan netbeans.. banyak class yang da terbina cuma perlu rajin belajar.. layari http://java.sun.com/ untuk mendapat maklumat

jangan private message aku, ada forum so guna forum. aku gila point jadi aku tak layan private message. terima kasih
User offline. Last seen 17 hours 14 min ago. Offline
Joined: 08/16/2009
Points: 906
IDE javascript

IDE javascript netbean???
notepad++
eclipse
dreamweaver.
javascript tiada kaitan dengan java. harap maklum ye idrismobin

Serious about PHP ?
Subscribe to our mailing list

Latest Event
  • No upcoming events available
Sites Built using PHP
Highest Users
UserPoints
amin007974
aku_tak_tau906
hymns546
jobless450
alien3d294