Stefan Esser dari Hardened-PHP dan Suhosin extension telah mengumumkan bulan pepijat PHP, di mana beliau akan menerbitkan pepijat-pepijat yang wujud dalam core PHP bukan dari sudut aplikasi, tetapi dari sudut bahasa itu sendiri. Penerbitan ini akan dijalankan selama 30 hari dan pada hari pertama, beliau sudah menunjukkan POC (Proof of Concept) bagaimana pepijat tersebut boleh timbul. Anda boleh lihat pengumuman beliau setiap hari sepanjang bulan Mac di sini.
Ini adalah satu bulan yang sibuk bagi PHP. Saya menunggu hasil yang akan ditimbulkan daripada penerbitan ini.