belajar php senang atau susah???
10 replies [Last post]
macam mana nak dapat RM 1000 sebelum raya nanti???
amin007's picture
User offline. Last seen 5 hours 53 min ago. Offline
Moderator
Joined: 08/16/2009
Points: 974

Smile macam mana saya nak mula yer???

ada orang tanya kat saya, belajar php senang atau susah???
saya lebih suka jawap bergantung kepada apa sistem yang nak dibangunkan.
adalah penting bagi anda semua bayangkan sistem anda dalam kertas dahulu
lepas tu bangunkan database/pangkalan data

hanya selepas bayangkan sistem dan bangunkan database,
barulah tanya orang apa programming/aturcara yang sesuai ...

kalau dah ada sistem lama dan nak upgrade, fahamkan dulu
macam mana jadual dalam pangkalan data dalam sistem lama berfungsi
dalam otak saya dah set satu fungsi dimana sekali aje lihat database
dah boleh buat pernormalan peringkat 1,2,3. tu bab tak diajar dalam php tapi lebih kepada mysql

sebab tu biasanya sebelum saya ajar php, saya akan tanya pelajar saya
(ala orang yang ambil kursus kat saya daa) apa sistem dia nak buat.
saya akan design sistem dia sekali dengan database dan pastikan
objektif buat sistem tercapai huhuhu. almaklum penyelia/boss/pensyarah anda
pasti nak mintak macam-macam kalau anda dah tunjuk sebahagian dari sistem yang anda buat

dari pengalaman saya, kebanyakan boss-boss saya anggap ms excel adalah sistem yang paling canggih dan senang.
jadi apabila saya mula aje guna ms access serta php & mysql, dia orang dah mula pening kepala.
apabila saya tambah username & password dia orang kecewa habis huhuhu sebab dia orang malas nak ingat password.
saya masih tengah fikir macam mana nak bagi sistem boleh bagi masuk tanpa password janji data tak boleh ubah laa
serta orang yang tak berkenaan tak dapat access kepada sistem saya tu. rasanya saya patut dah cari device macam tempat scan ibu jari, barcode scanner, eye scanner, videocam. videocam??? satu idea menarik ni huhuhu. cuma nak masuk website mmm ...

adapun sistem yang anda buat pastikan tujuan utama dapat mudahkan orang bukannya susahkan orang.
kalau orang terpaksa rujuk anda semula, maknanya sistem yang anda buat tak user-friendly hehehe.
saya sekarang tengah nak bangunkan sistem mirip kepada ms excel agar boss-boss yang payah nak ingat password
boleh guna terus tanpa tanya kat saya hehehe. saya lebih suka guna ms excel untuk buat claim dan ot sebab dia
mendatangkan duit hehehe

ada orang tanya saya pasal nak buat sistem scan barcode pakai handset pada barangan makanan,
lepas tu boleh tahu sama ada makanan tu halal atau haram. soalan saya kat dia, ada tak
senarai makanan halal kat malaysia, dia jawap takde. saya cakap, macam tu kena wujudkan data tipu laa.

dia kata dah belajar pasal matlab dan nak buat sistem pakai matlab sebab matlab pakai imej. saya cakap pakai imej pun, data tentang senarai makanan halal kat malaysia kena ada dulu. baru boleh fikir pasal programming.

ada sekumpulan orang dari suatu kolej di johor nak buat sistem kehadiran pelajar pakai barcode. pandangan saya sistem tu tak praktikal tapi dah tinggal tu aje projek tahun akhir yang tinggal. terpaksalah buat. jadi skop saya
janji pensyarah tembak barcode pada kad pelajar dan data masuk sistem dah capai matlamat sistem. cuma laporan yang
dia orang nak buat saya cakap tak praktikal dan susah nak buat. ayat saya "takde ilham nak buat", dia orang rasa kecewa sangat huhuhu.

salah satu perkara yang penting selepas belajar php adalah nak buat laporan. pastikan ada contoh laporan
agar jadi senang nak buat. kalau rasa macam tak praktikal, cakap aje "nanti kalau ada ilham, saya akan buat".
ayat ini yang saya pakai kalau boss-boss nak mintak laporan dari sistem saya huhuhu. sampai sekarang saya tak buat
apa yang boss-boss nak hehehe.

jadi jawapan saya belajar php senang jika anda dah habiskan bab yang lain dulu. pastikan anda tahu sistem apa yang anda nak bangunkan. buat perancangan tentang proses pembangunan sistem anda. anda kan kejar dateline, jadi nak kena rancang laa.

sekian Big smile

kena point aku tak naik naik ni....
User offline. Last seen 8 weeks 2 days ago. Offline
Pro
Joined: 08/16/2009
Points: 33

Saya bersetuju dengan pandangan saudara amin, memanglah pada awal nak belajar php ni memang susah. kalau nak start buat dahulu projek yg simple-simple, tak payah dulu yang power2 contohnye cakephp atau ROR. kalau dah nampak logik nya sistem tu, barulah kembangkan lagi sistem tu....apa pun yang penting, seperti kata saudara amin, fahamkan dahulu....ok..itu jer pendapat saya..bye

macam mana nak dapat RM 1000 sebelum raya nanti???
amin007's picture
User offline. Last seen 5 hours 53 min ago. Offline
Moderator
Joined: 08/16/2009
Points: 974

azmi_pelah wrote:
Saya bersetuju dengan pandangan saudara amin, memanglah pada awal nak belajar php ni memang susah. kalau nak start buat dahulu projek yg simple-simple, tak payah dulu yang power2 contohnye cakephp atau ROR. kalau dah nampak logik nya sistem tu, barulah kembangkan lagi sistem tu....apa pun yang penting, seperti kata saudara amin, fahamkan dahulu....ok..itu jer pendapat saya..bye

masalah sekarang pelajar tak beberapa kreatif sangat untuk bayangkan sistem.
kebanyakan janji pensyarah bagi markah cukup laa A++.
tapi pensyarah pulak nak macam-macam huhuhu

Thinks Positive ;-)
User offline. Last seen 27 weeks 2 days ago. Offline
Joined: 11/20/2009
Points: 52

saya suka info yg amin bagi..
bermaklumat utk orang2 baru mcm saya dlm php.. Big smile

tak banyak boleh sikit pun jadi lah
User offline. Last seen 25 weeks 15 hours ago. Offline
Joined: 01/07/2010
Points: 11

Itu berkaitan buat sistem. Saya setuju dan pengalaman tu berguna.

Tapi bagi saya, mula-mula sekali untuk belajar bahasa pengaturcaraan apa pun, terutama yang baru sangat nak belajar, dia kena kenal dulu dengan bahasa tu.

Untuk mula kenal dengan bahasa tu, kata orang 'write your first code' bagi ada 'feel' sikit. Jadi ia tak perlu bermula dengan buat sistem melibatkan pangkalan data.

Kalau orang tanya saya mudah tak nak belajar PHP, jawapan saya gini. Nama lagi belajar kan? Cara belajar yang berkesan mula dari yang mudah dulu.

Ilmu dalam setiap perkara termasuk PHP ada pelbagai peringkat. Bermula dari asas, pertengahan (mula nak jumpa susah), mendalam (advance - mencabar), lebih kompleks dan seterusnya.

Apa-apa pun mula dengan yang mudah dulu. Buat yang asas sebagai permulaan. Bila yang permulaan dah berjaya, makin timbul minat dan keyakinan.

Sebab itu biasanya tutorial asas bagi apa-apa bahasa pengaturcaraan digunakan konsep 'hello world' atau kita boleh tukar jadi sbg 'Assalamu'alaikum' dsb.

Dan cara belajar paling berkesan ialah ikut konsep 'learning by doing'. Belajar dengan cara praktis. Kata orang 'the more you do, the more you learn'.

lost word....
tukangkod's picture
User offline. Last seen 9 weeks 2 days ago. Offline
Pro
Joined: 08/17/2009
Points: 36

Pseudocode

does not have a status.
User offline. Last seen 4 weeks 6 hours ago. Offline
Joined: 12/17/2009
Points: 41

bg aku kalau nak start belajar PHP mudah,
tp nak mendalami PHP memerlukan masa. Wink

CakePHP Trainer
User offline. Last seen 6 hours 29 min ago. Offline
Joined: 01/27/2003
Points: 258

everybody can learn, but being a champion is like finding a needle in the haystack

<?php include();?>
s4femod3's picture
User offline. Last seen 10 weeks 6 days ago. Offline
Joined: 04/24/2005
Points: 134

ni veri subjektif. tgk otak masing2 brp cepat boleh mastering.

Thinks Positive ;-)
User offline. Last seen 27 weeks 2 days ago. Offline
Joined: 11/20/2009
Points: 52

bazet wrote:
everybody can learn, but being a champion is like finding a needle in the haystack

semua orang boleh belajar, tetapi menjadi juara adalah seperti mencari jarum di tumpukan jerami

aku suka kata-kata ni..

Big smile

<?php include();?>
s4femod3's picture
User offline. Last seen 10 weeks 6 days ago. Offline
Joined: 04/24/2005
Points: 134

bazet dh jupe jarum tu pasai dia otai